MAJULAH PENGERANG
PART 1: Sejarah ringkas Pengerang dan jalan laut.
PART 2: Jalan darat siap pada 1979- syurga penyeludup dan
tekung.
PART 3: Pengerang membangun- RAPID melamar.
PART 4: Pembangkang dari luar sibuk hal-ehwal Pengerang.
PART 5: UNDILAH BARISAN NASIONAL.. 5HB MEI 2013
PART 1: Dalam masa 30 tahun,
Pengerang dah banyak membangun dan berubah wajah. Siapa yang senang? Budak-budak
remaja, anak muda tahu apa? Jadi burung kakak tua. UBAH, UBAH…….. UBAH APA?
BERSYUKURLAH!
Tahukah anda jalan dari simpang Bandar
Penawar ke Sungai Rengit siap pada 1979?????
Sebelum itu? Semua guna jalan laut. Hanya
bot penambang ke Changi, Singapura dari jeti Tanjung Pengelih.
Nak ke Pasir Gogok, Tanjung Surat terus
ke Kong Kong pergi balik naik bot Pak Saayan. Dari Teluk Sengat, Tanjung Buai naik
bot Pak Harun singgah ke Tanjung Surat perlu ambil ‘port clearance’ ke Changi.
Dari Sungai Papan naik bot Pak Din ke jeti
Kong Kong. Semuanya kena menyeberangi pasang surut kuala Sungai Johor selebar
3-5 kilometer !!!!
Apa yang ada di Pengerang?. Hidup sebagai kakitangan kerajaan,
petani, kerja kampung, nelayan tradisional, pekerja lombong dll.
Jalanraya dari Tanjung Pengelih hingga
Sungai Rengit. Teluk Ramunia adalah lombong bauksit dan tiada jalan darat yang
sempurna ke Tanjung Balau.
Kampung Jawa adalah tempat penyeludup dan
‘ramai’ tauke di sepanjang kuala Sungai Johor (Teluk Sengat, Tg Surat, Pasir
Gogok) dan pantai Sungai Rengit hidup mewah dari hasil seludup dan tak bayar
cukai kepada kerajaan. Seludup bijih timah, kain baju, makan dalam tin,
buah-buahan dll.
Tanyalah Kastam !
Tetapi, masyarakat di Pengerang, Sungai
Rengit, Teluk Ramunia hidup harmoni. Mereka berkongsi hiburan wayang bangsawan,
wayang Cina hingga ke Pulau Tekong, Singapura. Kalau ada Cina mati pun ada yang
tumpang main judi bersama tak termasuk pondok judi tepi laut. Ramai yang pandai
main mahjung. Tanyalah orang lama !
Penduduk kampung masih mempunyai nilai
budi bahasa yang tinggi dan ketimuran.
Kemudahan asas, sekolah, klinik, balai
polis, agensi kerajaan lengkap berpatutan. Tanyalah
kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat di sana. Tanyalah anak tempatan yang bersekolah di SMK Tanjung Datuk yang
perlu ke luar daerah menyambung pelajaran atau urusan pendidikan.
Tanyalah mak bapak dan atuk nenek kau
!
Jeti Tanjung Pengelihlah jalan keluar masuk.
Nak ke Johor Bahru, singgah makan di restoran Aziz di Kong Kong baru naik
kereta sapu ke Masai, jalan bengkang bengkuk hingga ke Johor Bahru. Masai sibuk
kerana paya Pasir Gudang yang dulunya tempat ‘JIN BERTENDANG’ sedang di
bangunkan. Contohi pembangunan di Pasir Gudang…
Kalau dari Teluk Sengat ingin ke bandar Kota
Tinggi naik bot Pak Jamal. Pagi pergi, jam 12.30 tengahari bertolak balik.
Sambung PART 2…. Jalan
darat siap pada 1979- syurga penyeludup dan tekung.
Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi
sejauh 26 batu atau 41 km. Di tengah2
ialah pekan Ulu Tiram dan jalanraya masih bengkang bengkuk kiri kanan masih
ladang getah.
Tahun 70an, banyak kereta sapu yang
lasak di bandar Kota Tinggi. Tahun 70an, banyak kereta sapu yang lasak di
bandar Kota Tinggi. Banyak perkampungan Felda di wujudkan, ada Felda, ada
sekolah. Tahun 80an Felda yang ada sawit cukup mewah. Hasil bersih..ribu. ribu.
Felda AT5. , AT2, Sg Mas, Semencu paling top hasil. Tanyalah Peneroka.
Dari Kota Tinggi jalanraya menghala
ke Pasak untuk ke Gugusan Felda Air Tawar hingga persimpangan Bandar Penawar-
DESARU siap terlebih dahulu.
Dari simpang itu ke Sungai Rengit
jalanraya kiri kanan ialah hutan dan ladang sawit baru, jalan baru ditambak
batu kasar dan tanah merah…..mahgrib ada jumpa rusa di tepi jalan.
Jarak Kota Tinggi ke Sungai Rengit
adalah 74 km. Bila siapnya jalanraya, maka ramailah tekung darat dan tekung
laut kaya raya seludup PATI yang keluar masuk sepanjang pantai Pengerang
hinggalah Teluk Ramunia dari BATAM. Hero mana
yang tak kenal BATAM, Indonesia.
Kaki seludup bijih timah, tekstil pun
ramai, macam-macam barang seludup dari kota Singa. Kaya.
Dengan adanya jalan darat yang
sempurna, Pengerang membangun. Penduduk ramai yang beli kenderaan.
Teluk Ramunia menjadi kawasan rumah sewa
antara termahal di Johor kerana ramai orang luar kerja di pelabuhan Ramunia. Gaji besar.
Tanyalah
orang lama Teluk Ramunia.
…bersambung…. PART 3: RAPID (Kau
orang Pengerang mest tahu projek itu)
FAKTA RAPID.
Aku sokong pembangunan dipengerang, Tapi aku sedih lihat anak pengerang yang mengemis di tempat lahirnya sendiri, pasal company asing masukkan pekerja asing, PEMIMPIN dipengerang besarkan TEMOLOK sendiri. JANGAN SOK SENDIRI.
ReplyDeletePENGERANG MAKIN MAJU, MELAYU PENGERANG MAKIN LAYU, KERANA PEMIMPIN DI PENGERANG TAK AMBIL TAHU, BERAPA RAMAI PEMUDA MELAYU PENGERANG YANG BERKELAYAKKAN TIDAK BEKERJA, PASAL COMPANY ASING, JANJI TINGGAL JANJI, TORAK LEBIH, SADARLAH...
ReplyDeletePM BANTULAH ORANG MELAYU DI PENGERANG YANG MEMERLUKAN BANTUAN...
ReplyDeletedah ambik bang...Ambik 8 org sebab nak bantu org melayu...kerja paling senang n ringan dari perkerja asing sejam rm 18...semua ade...siap rumah..transport...elaun....total gaji RM 4000 sebulan dah potong Kwsp socso...medical support.....x keluar duit sesen pon...baru kene keje panas sikit terus lari.....Malu bang ...malu...sampai kompany Luar dah xnak ambik budak local lg....nak bantu camner lagi bang...saya pon dah naik malu nak rekemen org sendiri....
Deletesalam bang,kerja apa tu?company mana, saya tgah cari kerja. 3 tahun pengalaman di mmhe,tak kisah la helper ke..
DeleteAssalamualaikum. Saya pun tengah cari kerja dekat pengerang. camana prosesnya ya? boleh contact saya 012-4841575. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya pun tengah cari kerja dekat pengerang. camana prosesnya ya? boleh contact saya 012-4841575. Terima kasih.
ReplyDeletelayari www.afsalesgroup.weebly.com
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya tengah cari rumah untuk disewa area kg. sungei ringgit, taluk ramunia, bandar penawar kalau ade. total staff nak duduk lebih 10 org, siap nak buat office. boss cakap kalau boleh cari la rumah teres setingkat atau 2 tingkat corner lot dgn intermediate lot. senang, contact 011 5243 2201 kalau ade le, kalu xde no problemo, jgn la org yg xberkenaan sesibuk nak promote bisnes tu ambik no gua ni hantar spam email merapu gua xde masa nak layan yeee, gua delete je nnt email tu.. ape2 pun.. Maju lah bersama Pengerang.
ReplyDelete