Friday 3 May 2013

FAKTA ringkas RAPID


PART 3:  
FAKTARINGKASRAPID

OH YA, AGAK-AGAKNYA SAPA ATAU PIHAK MANA YANG JELES, TIDAK SENANG HATI, TERGUGAT ATAU IRIHATI JIKA RAPID AKAN SETANDING JURONG, SINGAPURA DAN ROTTERDAM, BELANDA ATAU akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.

TEKUNG LAUT? TEKUNG DARAT? PENYELUDUP? PESAING? PEMBANGKANG? ORANG POLITIK SONGSANG?
----------------------------------------------------------------------------------------
Pengerang bakal bertukar wajah mulai 2013 apabila Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di wujudkan di kawasan seluas 8,000 hektar, dimulakan.
Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).

Apabila kedua-dua projek itu siap dan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.
Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mei 2012 mengumumkan industri minyak dan gas di Pengerang bakal menerima pelaburan keseluruhan RM120 billon dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Manakala PEMANDU menganggarkan RAPID bakal menyumbang RM17.7 billlion kepada Pendapatan Kasar Dalam Negara (KDK) menjelang 2020.

Jurong di Singapura dan Rotterdam, tidak mempunyai sumber gas atau minyak, tetapi boleh berjaya menempatkan diri mereka sebagai negara pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, jadi tidak ada sebab mengapa Pengerang, yang memang kaya dengan sumber berkenaan tidak boleh mencapai taraf yang sama.

Apatah lagi kedudukan geografi yang strategik dan terlindung daripada angin monsoon, ia menjadi pilihan laluan kapal dagang antarabangsa.
Malah RAPID apabila siap akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.

 


Perlaksanaan RAPID dan Terminal Petroleum Laut Dalam itu akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan. 

Sehubungan itu, cadangan usahasama FELDA, Kementerian Belia dan Sukan serta Petronas untuk menaiktaraf Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) di Bandar Penawar dengan memperkenalkan kursus-kursus berkaitan minyak dan gas, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi masalah mendapat sumber tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

Meskipun kedua-dua projek masih dalam peringkat perlaksanaan awal, metamorfosis sudahpun bermula di Pengerang.
Dengan siapnya Lebuhraya Senai-Desaru yang melintasi Sungai Johor, ia memudahkan laluan ke kawasan itu. Kini, perjalanan dari Desaru ke Johor cuma mengambil masa setengah jam, sekaligus membantu meningkatkan industri pelancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.
Penduduk yang terbabit dengan kedua-dua projek mega itu akan dipindahkan mengikut fasa bermula Mac tahun hadapan. Penduduk tidak akan berpindah dengan tangan kosong, sebaliknya diberikan pampasan tunai berdasarkan nilai tanah, rumah, tanaman dan kebun.


Bagi fasa pertama, kampung yang terbabit ialah Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, sementara fasa kedua membabitkan Sebong, Batu Mas, Jawa dan Sungai Buntu.

Kedua-dua projek RAPID dan Terminal apabila siap kelak akan mewujudkan rangkaian ekonomi yang besar kepada penduduk. Sejajar dengan pembangunan rapid, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan awam termasuk jalan raya, sistem pengangkutan awam, bangunan, sekolah, masjid, tempat ibadat dan lain-lain.
Khabarnya, bandar baru FELDA seluas 2,000 hektar akan di bina berdekatan Gugusan Felda Adela.
Banyak lagi pembangunan demi pembangunan akan menyusul. MAJULAH PENGERANG.

Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu DUNTanjung Surat dan DUN Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah Melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).

AKAN BERSAMBUNG...PART 4: Pembangkang dari luar sibuk hal-ehwal Pengerang...

No comments:

Post a Comment